Jumaat, 22 Februari 2013

Semuanya Atas Sebab Bukan

Aku nangis
Aku rasa seperti dicekik
Ketat! Tak boleh bernafas

Aku tanya dalam hati
Muka bawah bantal
Kenapa aku yang kena
Bukan orang lain yang aku nampak hidupnya
Macam zero problema

Aku cuba diam
Aku tarik nafas dalam-dalam
Aku urut dada
Sakit. Tapi aku diam lagi
Aku buat-buat kuat

Aku tahu
Aku di sini sebab
Aku yang pilih untuk berada di sini
Aku tak pilih berada di sana
Kenapa nak rasa seksa
Ini yang aku mahu

Aku tunduk malu
Malu pada penciptaku
Memang Maha Hebat Kuasa Nya
Baru tadi aku bingung
Dia bagi aku ilham
Buat aku kuat semula

Ya, Atiqa
Kau bukan di sana
Tapi di sini
Ini yang kau nak
Semuanya atas sebab bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tell Me Your Story