Jumaat, 22 Februari 2013

Aku Datang Ambil Kau Di Sana

Malam ni aku nampak bintang
Banyak sangat
Yang paling terang
Aku anggap dia yang paling dekat
Aku nak capai
Tapi aku tak tinggi
Aku nak terbang
Tapi aku takut aku lupa diri
Lupa yang kaki haknya di bawah
Di atas bumi
Bintang.. Kau tunggu aku..
Kalau aku boleh naik
Aku sapa kau
Aku belai kau
Aku simpan kau dalam kocek
Aku bawa kau duduk tempat aku

Aku tergelak sinis
Aku nampak kau
Kau ada
Tapi kita asing

Aku harap aku bulan
Boleh selalu bersama kau
Kata orang.. Kalau kau bintang
Aku lah bulannya

Mustahil. Aku tahu
Aku pasti
Kau nun atas di sana
Aku dalam di sini
Tunggulah kau
Aku datang ambil kau di sana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tell Me Your Story