Hari ni hujan
Hujan ringan tapi mampu buat baju di ampaian basah
Dari atas bangunan, aku nampak
Tompok-tompok kecil
Pelbagai warna dan bentuk
Oh, itu semua payung
Keperluan utama di tanah kedua terlembap
Di bumi Malaysia
Aku gagahkan badan
Aku program kan balik otak
Aku capai tudung bawal hitam
Aku galas beg
Beg dari zaman aku pakai baju biru
Lama jasa beg ni
Aku pakai selipar merah
Agak besar dari kaki
Konon bagi nampak kaki aku tak kemetot
Aku berhenti urut kaki
Sakit bukan main!
Aku tersepak benda keras
Siapa suruh lambat bangun
Kelas pagi, sepatutnya bangun pagi
Bila lambat, semuanya jadi tak keruan
Tersepak itu ini
Itulah
Sakit dapat, maki pun dapat
Aku turun tangga
Laju
Rasa macam terbang
Tangan pegang mesin canggih
Tertulis di situ
"Jom"
Si dia sudah menunggu
Aku harus cepat, tak mahu dia bosan tunggu lama
Bintik-bintik halus kelihatan di baju
Alamak! Lupa..
Payung patah
Tak apa, destinasi sudah di depan mata
Tak luak kalau basah
Aku pergi dengan tenang
Sungguh, aku rindu si empunya mata cokelat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tell Me Your Story