Selasa, 26 Februari 2013

Stargazing

Looking at the summer stars
is our latest game
I like to count them one by one
while Dad gives each a name

He says it so much better
than trying to count sheep
We make the starts our very own
before we fall asleep..

Missing you dad

Jumaat, 22 Februari 2013

Hari Hujan dan Si Mata Cokelat

Hari ni hujan 
Hujan ringan tapi mampu buat baju di ampaian basah 
Dari atas bangunan, aku nampak 
Tompok-tompok kecil 
Pelbagai warna dan bentuk 
Oh, itu semua payung 
Keperluan utama di tanah kedua terlembap 
Di bumi Malaysia 

Aku gagahkan badan 
Aku program kan balik otak 
Aku capai tudung bawal hitam 
Aku galas beg 
Beg dari zaman aku pakai baju biru 
Lama jasa beg ni 
Aku pakai selipar merah 
Agak besar dari kaki 
Konon bagi nampak kaki aku tak kemetot 

Aku berhenti urut kaki 
Sakit bukan main! 
Aku tersepak benda keras 
Siapa suruh lambat bangun 
Kelas pagi, sepatutnya bangun pagi 
Bila lambat, semuanya jadi tak keruan 
Tersepak itu ini 
Itulah 
Sakit dapat, maki pun dapat 

Aku turun tangga 
Laju 
Rasa macam terbang 
Tangan pegang mesin canggih 
Tertulis di situ 
"Jom" 
Si dia sudah menunggu 
Aku harus cepat, tak mahu dia bosan tunggu lama 

Bintik-bintik halus kelihatan di baju 
Alamak! Lupa.. 
Payung patah 
Tak apa, destinasi sudah di depan mata 
Tak luak kalau basah 
Aku pergi dengan tenang 
Sungguh, aku rindu si empunya mata cokelat..

Aku Nak Conteng

Aku rasa nak conteng
Tapi kau tak datang
Aku rasa nak conteng lagi
Aku doa mintak kau datang cepat
Tapi kau tetap tak nak datang
Aku rasa nak conteng
Sikit pun jadilah
Aku nak menconteng
Kau tak kesian kat aku?
Aku cuma nak conteng
Datanglah
Aku minta kau datang bantu aku
Hanya nak menconteng
Bukan nak merosakkan

Idea.. Aku perlu kau jika nak terus menulis

Semuanya Atas Sebab Bukan

Aku nangis
Aku rasa seperti dicekik
Ketat! Tak boleh bernafas

Aku tanya dalam hati
Muka bawah bantal
Kenapa aku yang kena
Bukan orang lain yang aku nampak hidupnya
Macam zero problema

Aku cuba diam
Aku tarik nafas dalam-dalam
Aku urut dada
Sakit. Tapi aku diam lagi
Aku buat-buat kuat

Aku tahu
Aku di sini sebab
Aku yang pilih untuk berada di sini
Aku tak pilih berada di sana
Kenapa nak rasa seksa
Ini yang aku mahu

Aku tunduk malu
Malu pada penciptaku
Memang Maha Hebat Kuasa Nya
Baru tadi aku bingung
Dia bagi aku ilham
Buat aku kuat semula

Ya, Atiqa
Kau bukan di sana
Tapi di sini
Ini yang kau nak
Semuanya atas sebab bukan?

Aku Datang Ambil Kau Di Sana

Malam ni aku nampak bintang
Banyak sangat
Yang paling terang
Aku anggap dia yang paling dekat
Aku nak capai
Tapi aku tak tinggi
Aku nak terbang
Tapi aku takut aku lupa diri
Lupa yang kaki haknya di bawah
Di atas bumi
Bintang.. Kau tunggu aku..
Kalau aku boleh naik
Aku sapa kau
Aku belai kau
Aku simpan kau dalam kocek
Aku bawa kau duduk tempat aku

Aku tergelak sinis
Aku nampak kau
Kau ada
Tapi kita asing

Aku harap aku bulan
Boleh selalu bersama kau
Kata orang.. Kalau kau bintang
Aku lah bulannya

Mustahil. Aku tahu
Aku pasti
Kau nun atas di sana
Aku dalam di sini
Tunggulah kau
Aku datang ambil kau di sana

Aku Rindu


Aku rindu..
Bila dia senyum malu tengok aku
Aku rindu..
Bila mata cokelat dia pandang aku.. Redup
Aku rindu..
Bila dia ketawa besar bila aku jadi cemerkap
Aku rindu..
Bila dia duduk sebelah aku.. Hangat
Aku rindu..
Bila dia diam dengar celoteh aku.. Dia dengar dengan senyum
Aku rindu..
Bila kaki bawa kami jalan entah ke mana.. Tapi dia setia di sisi
Aku rindu..
Bila aku nangis.. Dia turut sama pendam rasa
Aku rindu..
Makan dengan dia.. Walau hanya maggie.. Depan rumah sewa
Aku rindu..
Bila dia sanggup datang.. Dengan peluh lepas main futsal.. Untuk teman aku
Aku rindu..
Borak berjam-jam.. Borak tanpa tajuk.. Cuma borak kosong
Aku rindu..
Bila dia sakat aku.. Aku marah.. Aku buat muka.. Dia hanya gelak dan cuit hidung aku
Aku rindu..
Bila dia datang dari jauh.. Tapi tak banyak yang aku mampu buat untuk dia
Aku rindu..
Bila dia layan aku seolah-olah tiada esok
Aku rindu..
Bila dia jauh.. Aku nak dia ada dekat

Tapi..
Bila dia dekat sangat
Aku rasa makin jauh
Semua tak macam dulu
Mata cokelat tu.. Dah tak pandang aku macam dulu
Senyum tu.. Dah tak macam dulu..
Ketawa tu.. Tak jauh dari bunyi ketawa yang dulu
Layanan dia.. Aku tertanya..
Aku orang asing ke?
Tapi aku tetap senyum
Sebab aku rindu dia
Hanya tuhan saja yang tahu
Betapa sayang dan rindunya aku
Aku senyum.. Tapi hati aku sedih..
Aku harap dia tetap dia.. Yang dulu

Aku rindu.. Sangat rindu..

Khamis, 21 Februari 2013

Protocol Crew atau DJ?

Bangun tidur malam
Jam sembilan
Aku mamai tapi aku tahu
Rancangan member-member serumah
Ada interview
Untuk Hari Terbuka Kolej
"Protocol Crew" kata Asma
Pheww
Aku kan budak pasif
Sepasif hamster, dalam bekas lutsinar
Mana nak ikut serta aktiviti-aktiviti kolej
Aku rela beli tiket bas
Hanya RM7.00
Naik bas berhawa dingin
Turun Puduraya, naik LRT
Sampai Ampang, senang hati
Balik lepas rindu pada semua

Buka mata terus cakap
"Nak ikut"
Budak-budak rumah pelik tambah heran
"Eyqa mamai kot"
"Taklah, memang orang nak pergi"
Dengan suara husky aku menjawab
Siap-siap ala kadar
Basuh muka
Pakai cardigan coklat
Panjang langkah aku ikut budak-budak rumah

Lepas berjalan 3 minit
Sampai dewan besar warna warni
Wah, ramai orang datang interview
Banyak rupanya crew yang diperlukan
Untuk tujuan dan fungsi yang berbeza
Bukan hanya aku dan geng-geng 3-3-6

Bila dipanggil interview
Nama diperkenalkan
"Jujur, sepanjang usia 6 semester di UPSI
Tak pernah sekali saya terlibat dengan protocol crew"
Senyum kambing si budak penginterview

Tapi
Bukan protocol crew yang aku dapat
Tapi kerja DJ yang diberi 
"Akak boleh jadi our English DJ?"
Urut dada aku
Dik, akak ni busy
Dengan micro, macro teaching
Research dan paper works sana sini
Kau nak akak jadi DJ??
Tapi bukan dengan perkataan aku jawab
Tapi dengan senyuman
Walau hati jerit-jerit, kaki hentak-hentak
Aku masih senyum, seikhlas boleh

Aku pasrah
Hanya nama di memo yang jadi juri
Protocol Crew.. Atau DJ
Aku harap dua-dua pun tak dapat