Bangun tidur malam
Jam sembilan
Aku mamai tapi aku tahu
Rancangan member-member serumah
Ada interview
Untuk Hari Terbuka Kolej
"Protocol Crew" kata Asma
Pheww
Aku kan budak pasif
Sepasif hamster, dalam bekas lutsinar
Mana nak ikut serta aktiviti-aktiviti kolej
Aku rela beli tiket bas
Hanya RM7.00
Naik bas berhawa dingin
Turun Puduraya, naik LRT
Sampai Ampang, senang hati
Balik lepas rindu pada semua
Buka mata terus cakap
"Nak ikut"
Budak-budak rumah pelik tambah heran
"Eyqa mamai kot"
"Taklah, memang orang nak pergi"
Dengan suara husky aku menjawab
Siap-siap ala kadar
Basuh muka
Pakai cardigan coklat
Panjang langkah aku ikut budak-budak rumah
Lepas berjalan 3 minit
Sampai dewan besar warna warni
Wah, ramai orang datang interview
Banyak rupanya crew yang diperlukan
Untuk tujuan dan fungsi yang berbeza
Bukan hanya aku dan geng-geng 3-3-6
Bila dipanggil interview
Nama diperkenalkan
"Jujur, sepanjang usia 6 semester di UPSI
Tak pernah sekali saya terlibat dengan protocol crew"
Senyum kambing si budak penginterview
Tapi
Bukan protocol crew yang aku dapat
Tapi kerja DJ yang diberi
"Akak boleh jadi our English DJ?"
Urut dada aku
Dik, akak ni busy
Dengan micro, macro teaching
Research dan paper works sana sini
Kau nak akak jadi DJ??
Tapi bukan dengan perkataan aku jawab
Tapi dengan senyuman
Walau hati jerit-jerit, kaki hentak-hentak
Aku masih senyum, seikhlas boleh
Aku pasrah
Hanya nama di memo yang jadi juri
Protocol Crew.. Atau DJ
Aku harap dua-dua pun tak dapat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tell Me Your Story