Dah 4 hari aku tak makan nasik.. Ainon si classmate tegur cakap pipi dah kurus. Senyum dari telinga kanan ke telinga kiri bila dengar pujian. Ainon tanya apa rahsia? Aku jawab aku tak makan nasik. Ainon tanya lagi kenapa tak makan nasik? Aku jawab takde selera..
Betul.. Takde selera. Aku tak tahu mana pergi selera makan aku. Aku cuba cari, tapi dia nyorok diam-diam tak nak kasi aku jumpa dia. Aku panggil dia, tapi dia kunci bibir tak menyahut. Aku cuba pancing dia dengan pergi gerai nasik lemak peberet depan kampus, tapi dia buat dek je. Kuat dia tahan nafsu!
Maybe sebab susah hati, selera tak nak keluar. Dia mogok. Dia tak suka hati susah sendiri. Dia nak teman hati. Sama-sama tanggung apa yang hati rasa. Selera ni baik. Dia tahu kalau dia muncul depan aku, aku tak ingat lagi pasal si hati yang sedang susah dan lara.
Takpe lah hati, aku dan selera teman kau ya. Biar kita rasa sama-sama susah.. Mata pun nak ikut serta tapi aku tak bagi sebab mata ni tak kuat. Bila hati susah, dia asyik nak keluarkan air mata je. Katanya air mata tak tertahan nak keluar bila hati susah. Aku pun tak nak mata ikut kami. Biar aku, selera dan hati je sama-sama rasa susah. Mata sila senyum bersama bibir.. :-) Itu kerja kau dan bibir. Amanat aku untuk kamu..
Hari ini.. Aku, selera dan hati sama-sama susah dan sedih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tell Me Your Story